Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS) adalah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Ke-33 yang mula beroperasi pada 1 Jun 2011.
Visi | Vision
Berkembang maju sebagai Pusat Kecemerlangan Akademik serantau dalam bidang Sains Perubatan dan Kesihatan melalui Pendidikan, Penyelidikan dan Inisiatif Kualiti.
Misi | Mission
Pembangunan modal insan bagi industri penjagaan kesihatan yang dapat menjaminkan kepuasan pelanggan secara menyeluruh pada setiap sudut kemasukkan perkhidmatan profesional.
Objektif
~ Membangunkan graduan yang berpengetahuan, kompeten, dan pengamal selamat, berdaya tahan dan berdaya saing, keperibadian yang tinggi dan beretika dalam pemberian perkhidmatan profesional.
~ Menggunakan pendekatan 'learner-centered' dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi pembangunan ilmiah dan sahsiah pelatih.
~ Memastikan pencapaian prestasi pelatih memenuhi piawaian kepastian kualiti.
~ Menyediakan peluang pembangunan kerjaya dan latihan anggota bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Keterangan
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS) mempunyai keluasan 41.04 ekar/16.75 hektar iaitu sebahagian daripada kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) dan melibatkan kos sebanyak RM380 juta. - Mula dibina pada tahun 2008 dan siap pada bulan April 2011. Tarikh perasmian oleh KSKBSAS ialah pada 14 Jun 2012 (Khamis) dan bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Yang Ke-84.
PEMBANGUNAN
1 blok pentadbiran (GAMBAR)
1 blok akademik
1 blok pusat sumber
1 surau
1 kafeteria
1 banglo kediaman pengarah
2 kuarters kakitangan
2 blok asrama pelatih lelaki dan perempuan
Kemudahan rekreasi
Futsal
Bola jaring
Bola tampar
Badminton
Ping-pong
Tenis
Gimnasium
Kampus baru ini menempatkan kesemua pelatih-pelatih dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping dan Pembantu Pegawai Farmasi.
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah
31250 Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak
Tel : 05-5335233, 05-53350270/1171/1172/1173/1176
Fax : 05- 5331179