Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

SULTAN PERAK RASMIKAN KSKB SULTAN AZLAN SHAH


PERASMIAN. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Ipoh telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini. Kolej seluas 16.75 hektar itu merupakan penyatuan tiga institut latihan Kementerian Kesihatan iaitu Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, institut latihan yang mula beroperasi kira-kira 11 bulan lalu itu kini sudah mempunyai seramai 2,028 pelajar dan ia menawarkan beberapa program seperti Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan, Kejururawatan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dan kursus pengkhususan serta lanjutan," katanya selepas menghadiri perasmian kolej itu baru-baru ini.

KOSMO 20 Jun 2012
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0620&pub=kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_02.htm#ixzz2p8BFzP5j


KUALTI GRADUAN PERLU MENYELURUH - AZLAN SHAH

UTUSAN MALAYSIA 15 JUN 2012


Khamis, 26 Disember 2013

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN


Pinjaman
Ahli perpustakaan dibenarkan meminjam dua (2) naskah buku dalam tempoh dua minggu.

Pemulangan
Buku-buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada tarikh yang ditetapkan.

Fotostat
Penggunaan fotostat hanya untuk bahan rujukan sahaja. Bayaran akan dikenakan RM 0.10 satu muka.

Bilik Komputer
2 jam mengikut keperluan pengguna.

Bilik Perbincangan
4 buah bilik disediakan.

Denda
Denda akan dikenakan kepada peminjam yang  lewat memulangkan buku.

Kehilangan
Sebarang kehilangan hendaklah diganti dengan membayar jumlah harga buku tersebut.

Perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah


Perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah merupakan perpustakaan akademik yang memberikan perkhidmatan kepada pelatih, pengajar serta warga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah. Perpustakaan ini menggunakan Sistem pengkelasan National Library Medince (NLM).

Khamis, 14 November 2013

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH

Pengenalan
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS) adalah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Ke-33 yang mula beroperasi pada 1 Jun 2011.

Visi | Vision
Berkembang maju sebagai Pusat Kecemerlangan Akademik serantau dalam bidang Sains Perubatan dan Kesihatan melalui Pendidikan, Penyelidikan dan Inisiatif Kualiti.

Misi | Mission
Pembangunan modal insan bagi industri penjagaan kesihatan yang dapat menjaminkan kepuasan pelanggan secara menyeluruh pada setiap sudut kemasukkan perkhidmatan profesional.

Objektif
~ Membangunkan graduan yang berpengetahuan, kompeten, dan pengamal selamat, berdaya tahan dan berdaya saing, keperibadian yang tinggi dan beretika dalam pemberian perkhidmatan profesional.
~ Menggunakan pendekatan 'learner-centered' dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi pembangunan ilmiah dan sahsiah pelatih.
~ Memastikan pencapaian prestasi pelatih memenuhi piawaian kepastian kualiti.
~ Menyediakan peluang pembangunan kerjaya dan latihan anggota bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Keterangan

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS) mempunyai keluasan 41.04 ekar/16.75 hektar iaitu sebahagian daripada kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) dan melibatkan kos sebanyak RM380 juta. - Mula dibina pada tahun 2008 dan siap pada bulan April 2011. Tarikh perasmian oleh KSKBSAS ialah pada 14 Jun 2012 (Khamis) dan bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Yang Ke-84.

PEMBANGUNAN

1 blok pentadbiran (GAMBAR)

1 blok akademik

1 blok pusat sumber

1 surau

1 kafeteria

1 banglo kediaman pengarah

2 kuarters kakitangan

2 blok asrama pelatih lelaki dan perempuan

Kemudahan rekreasi
Futsal
Bola jaring
Bola tampar
Badminton
Ping-pong
Tenis
Gimnasium

Kampus baru ini menempatkan kesemua pelatih-pelatih dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping dan Pembantu Pegawai Farmasi.

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah
31250 Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak
Tel : 05-5335233, 05-53350270/1171/1172/1173/1176
Fax : 05- 5331179